top of page

Tips Tarik Pelanggan ke Booth

  • Writer: hafeezzain
    hafeezzain
  • Apr 13, 2016
  • 2 min read

KUASA SENYUMAN. Penjelasan untuk tips yang ini mudah dan semua orang pasti setuju. Siapa suka datang booth yang sales person dia muka masam mencuka dan buat menyombong? Semua orang tak suka kan? Hebatnya kuasa senyuman ni, bukan sahaja boleh menarik pengunjung tetapi juga boleh beri keyakinan kepada diri kita sendiri. Kalau rasa gugup atau kurang yakin ke, SENYUM je! Tiap kali event saya buat macam ni, alhamdulillah teknik ni memang macam magnet yang menarik-narik orang datang ke booth kita dan seterusnya cuba teka apa dia? Saya terpaksa menjual dan mereka terpaksa membeli.

💃 CIPTA PERGERAKAN. Sesuatu yang bergerak akan menarik mata pengunjung seterusnya kaki mereka untuk datang ke booth kita. Jika produk kita tidak boleh bergerak, kreatifkan minda untuk cipta pergerakan. Contohnya, tiup belon sabun, baling dart, games touch screen dan mana-mana aktiviti yang sesuai dengan produk atau servis anda. Pokoknya, berlegar-legarlah dalam booth dan jangan duduk statik sahaja. Sebabnya sebarang aktiviti akan menarik minat pengunjung dan menimbulkan rasa ingin tahu yang kuat dalam diri mereka. Lebih bagus jika setiap aktiviti kita boleh kaitkan dengan produk/servis kita.

🎉 CIPTA SUASANA. Pastikan dekorasi booth menarik dan meriah. Bermainlah dengan warna yang sesuai dengan tema. Jika dibenarkan, pasanglah alunan muzik yang boleh menaikkan mood pengunjung. Saya masih ingat lagi booth karnival konvokesyen bunga segar yang kami sertai pada tahun 2013. Ada lapan booth yang menjual bunga segar dan hanya kami sahaja yang ada belon MINION. Masa beli belon di GM Klang, tak terfikir pun belon ni dapat jadi tarikan luarbiasa pengunjung. Tapi itulah yang terjadi, bayangkan sejauh 500 meter lagi dah dapat tarik perhatian si kecil yang memaksa ibu bapa mereka untuk datang ke booth kami. Sehinggakan kalau ibu bapa enggan membeli, mereka berguling-guling kat situ. Tak pasal-pasal booth kami jadi ramai pengunjung dan dengan ramainya orang dalam booth, maka dapatlah cipta impression yang booth kami ni merupakan pilihan terbaik!

🍦 REFRESHMENT. Kajian menunjukkan bahawa 70 % daripada pelanggan suka menerima minuman atau makanan ringan daripada vendor dan menjadikan mereka lebih cenderung untuk membeli. Panas-panas ni refreshment aiskrim mesti menjadi pilihan terbaik untuk dijadikan refreshment kan? Lagi-lagi NH coffee yg dah disejuk kan 😉😉 pasti pengunjung terpesona dan jatuh cinta dengan produk dan servis anda. Haha.

 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

© 2023 by Success Consulting. Proudly created with Wix.com.

  • Wix Facebook page
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Classic
bottom of page